Sunday, 16 October 2016

CONTOH-CONTOH AYAT PERIBAHASA KARANGAN YANG BAIK.

1.Salah seorang ahli falsafah Islam yang tersohor, Imam Al Ghazali pernah berkata, “Jikalau kamu mahu melihat negara pada masa depan, lihat lah kepada remajamu pada hari ini”.
2. Tanpa ketahanan dan jati diri, remaja akan tewas dalam meredah cabaran kerana darah baru setampuk pinang usia baru setahun jagung.
3. Berpandukan kata-kata mantan Presiden Sukarno , “Gantunglah cita-citamu di bintang yang tinggi sekali pun kakimu mencecah perlimbahan”.Ini membuktikan bahawa kita hendaklah meletakkan impian yang tinggi seandainya mahu mencapai kejayaan.
4.Meminjam kata-kata hikmat daripada peribahasa Arab,”Kasih akan watan sebahagian daripada iman”, menunjukkan bahawa semangat patriotik merupakan anak kunci utama kejayaan sesebuah negara.
5. Semangat perpaduan perlu dipraktikkan dalam kalangan rakyat kerana pertikaian hanya akan membawa musibah kepada negara.Keadaan ini bertepatan dengan hakikat kalah jadi abu menang jadi arang.
6. Dipetik daripada sepotong Hadith Nabi Muhammad SAW yang bermaksud,”Pilihlah rakan yang betul.Sekiranya kamu bersahabat dengan penjual minyak wangi nescaya bauan kasturinya akan terkena kepada kamu.Tetapi, apabila kamu bersahabat dengan seorang tukang besi nescaya bau tengik besi akan terpalit juga kepada dirimu”.
7. Remaja harus bijak memilih rakan kerana rakan ketawa beramai-ramai, tetapi rakan menangis seorang diri.
8. Remaja perlu berpegang kepada kata-kata hikmat, “Berhati-hatilah memilih kawan kerana tersalah pilih, kawan boleh makan kawan”.
9. Berpandukan daripada peribahasa cahaya yang cerah bermula daripada lampu di tengah rumah membuktikan bahawa amalan yang baik hendaklah bermula daripada keluarga.
10. Peribahasa ada mengatakan, getah daun akan mengalir ke perdu yang menunjukkan bahawa segala tingkah laku ibu bapa akan menjadi ikutan anak-anak.


No comments:

Post a Comment