Sunday, 16 October 2016

DUA SET RUMUSAN

RUMUSAN 1

Baca petikan dengan teliti, kemudian buat rumusan tentang manfaat pendidikan formal dan implikasinya jika diabaikan.Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.


         Kita tidak wajar membataskan definisi pendidikan kepada aktiviti yang berlaku di sekolah, 
pusat latihan dan institusi pengajian tinggi yang tertegak simbol keilmuan padanya.Institurasi-
institurasi tersebut dianggap sebagai lambang yang menjanakan manusia berilmu.Sesiapa yang 
tidak berkesempatanmelangkahkan kaki ke sana dicapkan tidak berilmu.Kedangkalan tangkapan 
itu harus dibuat pembulan kerana pedidikan tidak di peroleh secara formel sahaja.Hal ini 
disebabkan lebih banyak sumber ilmu yang diperoleh seseorang datang daripada pengalaman 
dan persekitarannya kerana penguasaan ilmu dan maklumat akan mengalir bersama -sama proses pengukuhan berterusan berladaskan aktiviti kehidupan.
          Pembelajaran tidak formal berlaku di mana-mana dan meliputi pelbagai cara yang 
melibatkan proses pendidikan sepanjang masa hingga sat kematian menjemput seseorang.Ilmu
yang peroleh menerusi proses tersebut tidak terhad bidangnya asalkan mendatangkan kebaikan 
kerana proses pendidikan tidak formal ini berlangsung secara disedari atau tidak disedari.Apabila 
ada pengetahuan atau kemahiran baharu diperoleh, maka proses pendidikan tersebut sudah 
mengambil tempat.Capaian ilmu secara tidak formal yang diperoleh pada sesuatu masa biasanya amat minimum.Namun begitu, pengalaman yang ditempuh itu akan lebih
membijaksanakan seseorang dalam kehidupannya sesudah sesuatu pengetahuan dan pengalaman 
itu diperoleh tanpa sebarang bayaran untuk menguasainya. Hal ini demikian kerana kehadirannya 
adalah secara semula jadi dalam kehidupan manusia.
           Sehubungan dengan manfaatnya itu, kita tidak wajar memandang remeh terhadap setiap
 pengalaman yang kita lalui.Hal ini disebabkan pendidikan tidak formal itu banyak mencetuskan
permulaaan kepada satu minat yang mendalam kerana kehidupan harian manusia banyak yang 
bermula dengan sesuatu yang tidak dirancang. Pengalaman yang diperoleh akan mengajar 
seseorang merangka pelan kehidupan pada hari muka. Jika perkara itu pula melibatkan 
pergaulan, tentu sekali interaksi sosial yang berlaku dapat mematangkan seseorang untuk 
melayari bahtera kehidupannya kerana pergaulan merupakan proses pendidikan tidak formal 
yang dapat membentuk perasaan saling menghormati dan menghargai hak orang lain. 
        Pengalaman kemanusiaan yang diterokai seseorang menerusi pendidikan tidak formal sangat 
penting bagi melatih komunikasi yang berkesan. Banyak orang tidak betah apabila 
berkomunikasi kerana kurang pengalaman dalam pergaulan selain berasa tidak selesa berada di 
tengah-tengah masyarakat disebabkan selama ini lebih selesa bersama-sama anggota keluarga sahaja.
       Kita harus menerima hakikat bahawa pendidikan tidak formal sangat penting diberikan perhatian 
agar kehidupan menjadi lebih sempurna dengan adanya pelbagai kemahiran, pengetahuan dan
maklumat dalam banyak bidang. Sesungguhnya tidak rugi kita mempelajari banyak perkara 
kerana pembelajaran merupakan sebahagian daripada proses yang mendatangkan kepuasan dan
ketenangan jiwa. Semakin banyak perkara yang kita belajar, semakin tinggi ilmu yang kita 
peroleh. Ilmu itulah yang akan menjaga pemiliknya kelak.
 ( Dipetik dan diubah suai daripada”Pentingnya Pendidikan Tidak Formal”
     Oleh Lokman Ismail, Dewan Siswa, Februari 2   

[ Soalan 2 (a) ] Petikan Umum
Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i)  Berikan maksud melangkahkan kaki ke sana.
     ___________________________________________________________________
ii)  Pengarang ada menyatakan beberapa sebab yang membuatkan seseorang itu janggal                             apabila berkomunikasi dengan orang lain. Nyatakan sebab-sebab berikut.
      ___________________________________________________________________
iii) Pada pendapat anda, apakah punca-punca yang menyebabkan       [ KBAT ] 
       sesetengah orang berasa sempurna dengan pendidikan formal yang sudah diterimanya?                        Kemukakan empat punca.
      ___________________________________________________________________
      ___________________________________________________________________
      ___________________________________________________________________




RUMUSAN 2

Baca petikan dengan teliti, kemudian buat rumusan tentang kepentingan menghayati kesusasteraan dalam kehidupan dan sebab-sebab perkembangan sastera semakin lesu.Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.


   Perkembangan dan ledakan teknologi yang semakin pesat tidak menjadi penyebab untuk 
menyingkirkan sumbangan sastera dalam kehidupan manusia . Keterampilan pelbagai kemudahan 
teknologi terkini memudahkan aplikasi bahan kesusasteraan disebarluaskan kemurniannya kepada 
massa oleh penggiat sastera. Penonjolan ini  berpunca daripada kaitan antara sastera dengan jiwa 
manusia sangat akrab atas alasan sastera berperanan untuk memperkukuh jati diri bangsa. Kita 
harus meletakkan nilai kesusasteraan itu pada suatu tempat yang tinggi. Hal ini demikian kerana 
perungkapannya mampu memperkasakan kehalusan budi pekerti, mengentalkan pembinaan sahsiah 
dan mencerna kemurnian dan ketamadunan manusia.
   Berdasarkan hujah bahawa sastera dapat membentuk manusia yang bertanggungjawab terhadap 
masyarakat, kelompangan jiwa daripada penghayatan sastera merupakan kerugian besar kepada 
setiaporang. Penghayatan dalam bidang kesusasteraan ini akan menjanakan modal insan yang 
prihatin terhadap persekitarannya kerana mereka sensitif terhadap apa-apa yang berlaku kepada 
bangsa dan negara. Natijahnya, penguasaan bidang ini dapat menjadikan seseorang itu manusia yang 
serba boleh apabila menceburi alam pekerjaan. Buktinya, apabila golongan ini bertugas dalam apa-apa jua lapangan, mereka  akan muncul sebagai insan yang seimbang dari segi emosi dan fizikal.
Hal ini demikian kerana mereka berkeupayaan untuk membebaskan diri daripada terkepung dalam 
dunia profesional dan elit semata-mata.
   Golongan profesional yang menguasai bidang kesusasteraan juga mengenali masyarakat dengan 
lebih mendalam. Lantas membuatkan mereka mampu menyumbangkan kudrat untuk pembangunan 
negara dengan lebih berkesan. Oleh sebab itu, jelaslah bahawa sastera bukanlah satu bidang yang 
terasing daripada bidang-bidang lain. Sebaliknya, sastera merupakan bidang yang meraikan semua 
golongan daripada pelbagai lapangan ilmu. Apabila seseorang itu terlibat dalam bidang penulisan 
karya kreatif sekalipun kelulusannya bukan bidang kesusasteraan, pencinta sastera ini berupaya
 menonjolkan dirisebagai watak yang berfikiran positif ketika menggagaskan pengalaman menerusi 
karya masing-masing.Situasi ini memungkinkan kian banyak karya kreatif yang terhasildaripada 
pelbagai latar belakang kehidupan penulisnya. Berdasarkan kemajuan dalam bidang kesusasteraan,
budaya kita dapat diperkaya menerusi pelbagai karya untuk  menjulang martabat bangsa. Hal ini 
demikian kerana bidang ini membuka ruang kepada massa mempertajam pengetahuan terhadap 
budaya bangsanya.
   Di samping itu, penguasaan bidang kesusasteraan tidak harus dihadkan batas penguasaannya 
kepada golongan tertentu sahaja atau berdasarkan latar belakang  akademik pihak yang terlibat. 
Kita wajar memahami bahawa lapangan ini umpama lautan luas yang terbuka kepada sesiapa sahaja
untuk merenangi dan memunggah khazanahnya. Penghayatannya akan meningkatkan kecekapan 
berfikir aras tinggi menerusi pemahaman terhadap peranan dan kaitan sastera yang berupaya 
mengetuk jiwa manusia dengan pelbagai kesedaran insaniah.
( Dipetik dan diubah suai daripada “Manusia Seimbang Sains dan Sastera”
                                        Oleh Shahkang,Tunas Cipta,Mac 2014)


[ Soalan 2 (a)] Petikan Umum
Berdasarkan petikan soalan1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i)    Apakah maksud rangkai kata terkepung dalam dunia profesional?
      _______________________________________________________________


(ii)    Pengarang ada menyatakan beberapa kebaikan memartabatkan kesusasteraan.
      Nyatakan kebaikan-kebaikan tersebut.
      ________________________________________________________________
      ________________________________________________________________


(iii)   Usaha-usaha untuk menobatkan kesusasteraan perlu bermula     [ KBAT ]                
      pada peringkat sekolah.
      Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk menobatkan                                                                                                     
      kesusasteraan kembali bertaring dalam kalangan masyarakat?
      ________________________________________________________________
      ________________________________________________________________
      ________________________________________________________________










4 comments: