RUMUSAN 1
Baca petikan dengan teliti, kemudian buat rumusan tentang manfaat pendidikan formal dan implikasinya jika diabaikan.Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Kita tidak wajar membataskan definisi pendidikan kepada aktiviti yang berlaku di sekolah,
pusat latihan dan institusi pengajian tinggi yang tertegak simbol keilmuan padanya.Institurasi-
institurasi tersebut dianggap sebagai lambang yang menjanakan manusia berilmu.Sesiapa yang tidak berkesempatanmelangkahkan kaki ke sana dicapkan tidak berilmu.Kedangkalan tangkapan itu harus dibuat pembulan kerana pedidikan tidak di peroleh secara formel sahaja.Hal ini disebabkan lebih banyak sumber ilmu yang diperoleh seseorang datang daripada pengalaman dan persekitarannya kerana penguasaan ilmu dan maklumat akan mengalir bersama -sama proses pengukuhan berterusan berladaskan aktiviti kehidupan.
Pembelajaran tidak formal berlaku di mana-mana dan meliputi pelbagai cara yang
melibatkan proses pendidikan sepanjang masa hingga sat kematian menjemput seseorang.Ilmu yang peroleh menerusi proses tersebut tidak terhad bidangnya asalkan mendatangkan kebaikan kerana proses pendidikan tidak formal ini berlangsung secara disedari atau tidak disedari.Apabila ada pengetahuan atau kemahiran baharu diperoleh, maka proses pendidikan tersebut sudah mengambil tempat.Capaian ilmu secara tidak formal yang diperoleh pada sesuatu masa biasanya amat minimum.Namun begitu, pengalaman yang ditempuh itu akan lebih membijaksanakan seseorang dalam kehidupannya sesudah sesuatu pengetahuan dan pengalaman itu diperoleh tanpa sebarang bayaran untuk menguasainya. Hal ini demikian kerana kehadirannya adalah secara semula jadi dalam kehidupan manusia.
Sehubungan dengan manfaatnya itu, kita tidak wajar memandang remeh terhadap setiap
pengalaman yang kita lalui.Hal ini disebabkan pendidikan tidak formal itu banyak mencetuskan
permulaaan kepada satu minat yang mendalam kerana kehidupan harian manusia banyak yang
bermula dengan sesuatu yang tidak dirancang. Pengalaman yang diperoleh akan mengajar
seseorang merangka pelan kehidupan pada hari muka. Jika perkara itu pula melibatkan
pergaulan, tentu sekali interaksi sosial yang berlaku dapat mematangkan seseorang untuk
melayari bahtera kehidupannya kerana pergaulan merupakan proses pendidikan tidak formal
yang dapat membentuk perasaan saling menghormati dan menghargai hak orang lain.
Pengalaman kemanusiaan yang diterokai seseorang menerusi pendidikan tidak formal sangat
penting bagi melatih komunikasi yang berkesan. Banyak orang tidak betah apabila
berkomunikasi kerana kurang pengalaman dalam pergaulan selain berasa tidak selesa berada di
tengah-tengah masyarakat disebabkan selama ini lebih selesa bersama-sama anggota keluarga sahaja.
Kita harus menerima hakikat bahawa pendidikan tidak formal sangat penting diberikan perhatian
agar kehidupan menjadi lebih sempurna dengan adanya pelbagai kemahiran, pengetahuan dan
maklumat dalam banyak bidang. Sesungguhnya tidak rugi kita mempelajari banyak perkara
kerana pembelajaran merupakan sebahagian daripada proses yang mendatangkan kepuasan dan
ketenangan jiwa. Semakin banyak perkara yang kita belajar, semakin tinggi ilmu yang kita
peroleh. Ilmu itulah yang akan menjaga pemiliknya kelak.
( Dipetik dan diubah suai daripada”Pentingnya Pendidikan Tidak Formal”
Oleh Lokman Ismail, Dewan Siswa, Februari 2
|
[ Soalan 2 (a) ] Petikan Umum
Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
(i) Berikan maksud melangkahkan kaki ke sana.
___________________________________________________________________
ii) Pengarang ada menyatakan beberapa sebab yang membuatkan seseorang itu janggal apabila berkomunikasi dengan orang lain. Nyatakan sebab-sebab berikut.
___________________________________________________________________
iii) Pada pendapat anda, apakah punca-punca yang menyebabkan [ KBAT ]
sesetengah orang berasa sempurna dengan pendidikan formal yang sudah diterimanya? Kemukakan empat punca.
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
ii) Pengarang ada menyatakan beberapa sebab yang membuatkan seseorang itu janggal apabila berkomunikasi dengan orang lain. Nyatakan sebab-sebab berikut.
___________________________________________________________________
iii) Pada pendapat anda, apakah punca-punca yang menyebabkan [ KBAT ]
sesetengah orang berasa sempurna dengan pendidikan formal yang sudah diterimanya? Kemukakan empat punca.
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
RUMUSAN 2
Baca petikan dengan teliti, kemudian buat rumusan tentang kepentingan menghayati kesusasteraan dalam kehidupan dan sebab-sebab perkembangan sastera semakin lesu.Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Perkembangan dan ledakan teknologi yang semakin pesat tidak menjadi penyebab untuk
menyingkirkan sumbangan sastera dalam kehidupan manusia . Keterampilan pelbagai kemudahan
teknologi terkini memudahkan aplikasi bahan kesusasteraan disebarluaskan kemurniannya kepada
massa oleh penggiat sastera. Penonjolan ini berpunca daripada kaitan antara sastera dengan jiwa
manusia sangat akrab atas alasan sastera berperanan untuk memperkukuh jati diri bangsa. Kita
harus meletakkan nilai kesusasteraan itu pada suatu tempat yang tinggi. Hal ini demikian kerana
perungkapannya mampu memperkasakan kehalusan budi pekerti, mengentalkan pembinaan sahsiah
dan mencerna kemurnian dan ketamadunan manusia.
Berdasarkan hujah bahawa sastera dapat membentuk manusia yang bertanggungjawab terhadap
masyarakat, kelompangan jiwa daripada penghayatan sastera merupakan kerugian besar kepada
setiaporang. Penghayatan dalam bidang kesusasteraan ini akan menjanakan modal insan yang prihatin terhadap persekitarannya kerana mereka sensitif terhadap apa-apa yang berlaku kepada bangsa dan negara. Natijahnya, penguasaan bidang ini dapat menjadikan seseorang itu manusia yang
serba boleh apabila menceburi alam pekerjaan. Buktinya, apabila golongan ini bertugas dalam apa-apa jua lapangan, mereka akan muncul sebagai insan yang seimbang dari segi emosi dan fizikal.
Hal ini demikian kerana mereka berkeupayaan untuk membebaskan diri daripada terkepung dalam dunia profesional dan elit semata-mata.
Golongan profesional yang menguasai bidang kesusasteraan juga mengenali masyarakat dengan
lebih mendalam. Lantas membuatkan mereka mampu menyumbangkan kudrat untuk pembangunan
negara dengan lebih berkesan. Oleh sebab itu, jelaslah bahawa sastera bukanlah satu bidang yang
terasing daripada bidang-bidang lain. Sebaliknya, sastera merupakan bidang yang meraikan semua
golongan daripada pelbagai lapangan ilmu. Apabila seseorang itu terlibat dalam bidang penulisan
karya kreatif sekalipun kelulusannya bukan bidang kesusasteraan, pencinta sastera ini berupaya
menonjolkan dirisebagai watak yang berfikiran positif ketika menggagaskan pengalaman menerusi
karya masing-masing.Situasi ini memungkinkan kian banyak karya kreatif yang terhasildaripada
pelbagai latar belakang kehidupan penulisnya. Berdasarkan kemajuan dalam bidang kesusasteraan,
budaya kita dapat diperkaya menerusi pelbagai karya untuk menjulang martabat bangsa. Hal ini
demikian kerana bidang ini membuka ruang kepada massa mempertajam pengetahuan terhadap
budaya bangsanya.
Di samping itu, penguasaan bidang kesusasteraan tidak harus dihadkan batas penguasaannya
kepada golongan tertentu sahaja atau berdasarkan latar belakang akademik pihak yang terlibat. Kita wajar memahami bahawa lapangan ini umpama lautan luas yang terbuka kepada sesiapa sahaja untuk merenangi dan memunggah khazanahnya. Penghayatannya akan meningkatkan kecekapan berfikir aras tinggi menerusi pemahaman terhadap peranan dan kaitan sastera yang berupaya mengetuk jiwa manusia dengan pelbagai kesedaran insaniah.
( Dipetik dan diubah suai daripada “Manusia Seimbang Sains dan Sastera”
Oleh Shahkang,Tunas Cipta,Mac 2014)
|
[ Soalan 2 (a)] Petikan Umum
Berdasarkan petikan soalan1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
(i) Apakah maksud rangkai kata terkepung dalam dunia profesional?
_______________________________________________________________
(ii) Pengarang ada menyatakan beberapa kebaikan memartabatkan kesusasteraan.
Nyatakan kebaikan-kebaikan tersebut.
________________________________________________________________
________________________________________________________________
(iii) Usaha-usaha untuk menobatkan kesusasteraan perlu bermula [ KBAT ]
pada peringkat sekolah.
Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk menobatkan
kesusasteraan kembali bertaring dalam kalangan masyarakat?
________________________________________________________________
________________________________________________________________
________________________________________________________________
jawapan
ReplyDeletegive me jawapan
ReplyDeletepls pls give jawapan pls if this dunia ada tuhan babi kau
ReplyDeleteare u girl in mpu class kdu? what insta name my name ryuga ken
ReplyDelete